Goto » Back Forum New
DESC Print
tT

Logo Merdeka 50% tiru simbol Taiwan

Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan.

Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbezasedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya.

Sisi-sisi reka bentuk itu juga (foto atas, kanan) lebih bulat berbanding logo Taiwan itu.

Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA),produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003.

Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan'dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, artis itu mengakui "50 peratus" logo sambutan kemerdekaan itu diambil daripada lambang produk terbaik Taiwan.

Lambang itu dirujuk sebagai bahan kajiannya sebelum menghasilkan logo 'Perpaduan Teras Kejayaan', katanya.

Anuar  (foto kiri) menjelaskan, beliau memasukkan idea-ideanya sendiri untuk mencipta logo sambutan itu.

Logonya antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini yang bakal disambut dua hari lagi.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian danWarisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (PakNgah) dan Lokman Ghani.

Menurut penjelasan rasmi, logo inidiilhamkan daripada "ikatan tiga figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'.

"Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan danmemajukan negara" yang mewakili pelbagai kaum mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Di logo sambutan kemerdekaan itu, merah membawa makna"keberanian rakyat", putih (kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia),biru (perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia), manakala kuning (sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong).

[ Last edited by  abgboroi at 29-8-2008 08:17 PM ]
To avoid criticism, do nothing, say nothing, be nothing.

Reply #1 abgboroi's post

MALAYSIA TAK ADA YG ORIGINAL DAH....

TOP

Originally posted by riger00 at 29-8-2008 08:17 PM
MALAYSIA TAK ADA YG ORIGINAL DAH....


bendera malaysia tu pun sama ....pelik betul org dulu dulu...x sekolah ker agaknya....
To avoid criticism, do nothing, say nothing, be nothing.

TOP

Dia ni lah yang menang peraduan reka logo tapi semalam ada artis grafik komplen kat surat khabar pasal logo yang menang spt kat atas tu tak layak menang atas faktor2 tertentu. Tambah pulak pemenang kat atas tu merupakan artis yang lukisannya selalu diberi tempat pameran di balai seni lukis negara....kira2 dia menang sebab kenal orang dalam la lebih kurangnya....

TOP

Reply #4 arjunadewa's post

HUHUHU.... ORG KALAH SELALU KATA CAM TU...

TAPI WALAU SIAPA PUN DIA, DIA TAK PATUT MENANG...
SEBAB DIA MENIRU...

TOP

Reply #1 abgboroi's post

sejak bila malaysia ni benda ori...bendera ciplak,lagu kebangsaan ciplak..sekarang logo hari kebangsaan pon ciplak....

TOP

mesia sundri pun tak ori....
~ Computer generated No signature is required ~

TOP

Panel hakim tak tau yang logo ini diciplak
65 Characters Limited
Unsupport Customize Discuz! Code

TOP

Reply #1 abgboroi's post

anuar yg bangang lagi penipu
like.no.other

TOP

copy cat daa.. adusss xmalu ke??

TOP

iye ke.. tak sangka.. mmg malaysia tak de yg ori pun....
http://sheisagirl.wordpress.com

TOP

Reply #4 arjunadewa's post

ada tambahan lagi..kalau tak salah dalam komplen tu pun dia kata logo dah macam hotdog serta mungkin sukar utk dibuat logo manusia ketika 31 ogos nanti.

TOP

Reply #12 CharlieDale's post

memang x jadi kalau buat logo manusia berbaris esok pagi...apa ekjadahnya buat lgoso rumit nk mampos, kesian budak sekolah nak berbaris buat formasi....korang tengoklah besok...memang hancur, x nampak logo pong
Tiada lagi REMBES dalam kamus hidupku...

TOP

Mmg tiru abis lah... bukan 50% lagi nie. Aku pon bleh buat kalau camtu...
Vote for your favourite music, artist, song, album NOW! More at Celebrities-International Board.

Vote for POP Category:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=465794&

Vote for ROCK category:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=465797&

TOP

Balas #1 abgboroi\ catat

ape laa krajaan dan nih...niru logo pon kasi menang..kan soalan dah bocor...

dari proton, perodua sampai ke logo..

TOP

sapa yang jadi juri tuh??? buat malu aje..
return = knowledge????

TOP

nnti kuar laa kat berita si Anuar Dan kate " sume tuu hanyalah kebetulan "

TOP

ehem macam macam....
To avoid criticism, do nothing, say nothing, be nothing.

TOP

NIE MESTI BLAJOR KAT UITM DULU...KEPALA OTAK MELAYU JER PIKIR MCM NIE XEROX,,DEN MENGAKU ORI..
SUDAAHH LAAAA TAMBYYY....TAUSA COPICAT LAAAA..

TOP

Originally posted by nokia169 at 30-8-2008 07:06 AM
NIE MESTI BLAJOR KAT UITM DULU...KEPALA OTAK MELAYU JER PIKIR MCM NIE XEROX,,DEN MENGAKU ORI..
SUDAAHH LAAAA TAMBYYY....TAUSA COPICAT LAAAA..


wey kalau marah sangat uitm jgn laa sampai yang tak bersalah pun ko nak kutuk?

UITM dalam bidang design mmg superb....kebanyakkan bebudak uitm ni berkerja di kolej kolej design

aku suka design diorang...kualiti tinggi....pentingkan orginaliti....

pensyarah uitm pun bukan main serius dalam bidang design....ko tanya laa sesiapa pernah belajar design kat uitm....begitu strict sekali diorang.....
To avoid criticism, do nothing, say nothing, be nothing.

TOP

Reply #1 abgboroi's post

Cis, cuma tambah tiga titik sahaja, tiru hampir 90%, patut batalkan logo itu.
3CoblersAlwaysOutsmartAGeneral

TOP

Reply #21 jbtrader's post

betull ... as a graphic artist kena ada etihc..pada aku takda 50% dia ciplak..bentuk...corak semua sama..oter sikit2 je...so kalau dia seorang pereka yang bermaruah..pulangkan duit tu balik..dia pon mengaku yang dia tiru konsep logo taiwan tuh...if malaysia nak teruskan jugak guna logo tu takpa lah..but pulangkan duit tuh...
How do you do? My name is trouble ..

TOP

apa punyer munteri....uat cemar nama m'sia jer..

TOP

tengok2 macam bentuk..
heliza.. the purpose of mind..
heliza yg paling comel ialah heliza yg paling tembam..

TOP

Originally posted by Muntz at 30-8-2008 05:54 AM
Mmg tiru abis lah... bukan 50% lagi nie. Aku pon bleh buat kalau camtu...


Muntz nak ubah logo cari jadi logo merdeka?

TOP




Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
All Rights Reserved. Copyright © 1996-2010 CARI Internet Sdn Bhd.
Privacy Policy | Term of Service | Disclaimer | About CARI | Feedback | Advertising | Complaint to Cari